Hai hai semua. Assalamualaikum. Salam lebaran untuk semua. Masing-masing masih lagi dalam mood beraya kan walaupun ada ramai yang dah mula bekerja semula termasuklah saya sendiri.
Saya ni dah lama sebenarnya menyimpan hasrat untuk gunakan laman blogger ni sebagai salah satu platform utama bagi saya berkongsi serba sedikit pengalaman dengan shaklee. Dan alhamdulillah, here we go! My first entry untuk hari ni.🫰
So, hari ni saya nak berkongsi dengan semua tentang "kenapa saya join shaklee?" Apa alasan dan sebab kuat untuk saya memilih shaklee sebagai supplements harian kami sekeluarga dan kenapa juga saya jadikan shaklee sebagai sumber pendapatan kedua saya?
Satu benda yang sangat penting saya nak bagitahu korang semua ya sebelum saya berceloteh lebih panjang lagi. Saya ni bukan orang otak business. Saya ulang sekali lagi. Saya ni bukannya orang business mindset. No no no. Saya ni berjiwa pendidik.
Tapi....Kenapa boleh kekal bertahan dengan shaklee sejak dah kenal shaklee dari Mei 2017 lagi? Kenapa? Bukan sebab income semata-mata ke? Tak cukup ke dengan gaji sebagai guru tu yang dah dapat setiap bulan?
Haaaa..Jom kita sembang-sembang jap ya tentang macam mana permulaan cerita yang boleh buat saya kenal shaklee.
Kisah saya dan shaklee ni bermula sejak saya dah mula rasa stress selepas melahirkan anak yang pertama. Saya dan suami masing-masing bekerja sebagai guru bahasa arab sekolah rendah dan kami menjalani kehidupan sebagai suami isteri secara PJJ.
Urus baby seorang diri bukan suatu perkara yang mudah ya. Seorang diri tanpa ada keluarga yang rapat bersama. Hidup berdua sahaja dengan baby di rumah sewa. Sebulan sekali baru dapat jumpa suami.
Saya mengajar sesi petang, sampai rumah hampir waktu maghrib. Pernah satu masa tu balik sahaja dari rumah pengasuh baru separuh perjalanan ada berlaku accident betol-betol di kawasan roundabout. Fuhhhhh,punya panjang jem. Baby dah mula rasa tak selesa sebab lama sangat dalam kereta dan lepas tu dia menangis meronta-ronta minta keluar dari baby carseat. Ya Allah..Hanya Allah yang tahu bertapa stressnya saya masa tu. Stress dan serabut sangat kepala!
![]() |
Baby sulung saya. Mood masih okay. Gambar ni diambil sebelum dia masuk rumah pengasuh. |
Walaupun saya sibuk bekerja tapi saya sangat berdegil bila bab menyusukan anak. Saya degil nak susukan baby saya sepenuhnya dengan susu ibu sampai umur dia 2 tahun. Tapi saya hampir putus asa sebab susu makin drop dari hari ke hari. Sebab apa drop? Sebab saya stress, mudah penat dan anak kerap sakit.
Dan bermula penghujung April 2017 saya dah mula cari solusi untuk masalah saya ni. Saya cari milk booster di blog-blog dan alhamdulillah saya jumpa no contact seorang pengedar shaklee berdekatan dengan area saya mengajar.
![]() |
Bila stress habis keluar segala mak nenek JERAWAT BATU🤭 |
Mei 2017 bermulalah kisah saya dan shaklee. Saya start consume set basic menyusu iaitu esp dan alfalfa. Tak sampai beberapa bulan susu makin meriah dan pekat. Part yang saya paling terkejut dan taksangka adalah segala mak nenek jerawat batu yang datang tak dijemput tu pun makin segan nak naik kat pipi. Makin mengecut dan parut jerawat pun makin kurang.
![]() |
Jerawat pipi saya jarak dekat. Ni sebelum kenal shaklee. |
![]() |
Meriah dan pekat kan susu ni? Alhamdulillah asbab ikhtiar dengan shaklee selepas beberapa bulan. |
Selepas beberapa bulan sikit demi sikit saya top up supplement menyusu yang lain. Tapi bila sampai masa nak restok semula supplement yang dah habis budget kurang mencukupi. Nak harapkan sepenuhnya duit gaji? Memang tak cukuplah. Nak bayar kereta, rumah sewa, pengasuh anak dan sebagainya. Haa, dari situlah slowly saya cuba belajar buat bisnes shaklee supaya saya dapat beli supplement SECARA PERCUMA.
BESTNYA SHAKLEE ni kan, kita tak perlu berpeluh-peluh berjalan bawah matahari terik, membanting tulang pagi ke malam, berpanas depan kuali dan sebagainya untuk dapat customer dan sales. Memadai paling minimum dengan cara kita consume sampai dapat feedback pada badan dan berkongsi manfaat pada orang lain.
Satu lagi kan korang, apa yang BESTNYA SHAKLEE ni kan korang tak perlukan pun artis jadi duta untuk marketingkan sesuatu produk shaklee tu. Cukuplah korang yang jadi testimoni bergerak. Korang beli produk, korang amalkan secara konsisten, korang sendiri sihat dan bertenaga then korang berkongsi manfaat dekat media sosial dan berkongsi dengan kenalan terdekat. Tup tup berderet-deret pm masuk nak beli produk.
Jadinya, nak diringkaskan cerita saya ni boleh jatuh cinta dengan shaklee semestinya adalah disebabkan produk tu sendiri. BESTNYA SHAKLEE ni sampai saya susah nak curang dengan produk lain. Sampai saya susah nak lompat buat bisnes lain walaupun saya dah banyak kali ditinggalkan oleh anak team.
Satu persatu anak team saya stop buat bisnes shaklee tapi saya masih stick dengan bisnes yang sama. Kenapa? Semestinya sebab KESIHATAN saya dan keluarga.
![]() |
Asbab shaklee dengan izin Allah ketiga-tiga anak saya dapat menyusu sepenuhnya dengan susu ibu walaupun saya sibuk bekerja. Alhamdulillah. |
![]() |
Sambil drive sambil pam susu untuk anak yang ketiga. Singgah stesen minyak sekejap sebab nak masukkan susu dalam botol susu. Susu meriah dan pekat. Ni gambar masa Ramadan bulan lepas. (April 2023) |
BESTNYA SHAKLEE ni korang. Saya sebagai ibu yang bekerja sangat sayang dengan semuaaa produk shaklee. Dari sabun cuci piring, sabun basuh baju, skincare dan supplements semuanya saya guna brand shaklee. Tahun 2023 ni adalah tahun yang ke-6 saya amalkan produk shaklee SECARA KONSISTEN.
![]() |
Bekalan susu ibu untuk baby Amra Iffah,anak saya yang ketiga. Bekalan untuk di Taska. |
![]() |
Baby ke-3 saya. 14 Mei 2023 ni genap umur dia 10 bulan. Dan hampir 10 bulan juga dia minum susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah. |
Apa yang saya nampak sejak saya dan keluarga amalkan shaklee ni SECARA KONSISTEN, kesihatan kami sekeluarga semakin baik, emosi saya sebagai ibu yang bekerja semakin stabil, badan lebih bertenaga, tidak mudah penat dan kulit muka semakin glowing gittew! Muka tak macam orang dah berusia 33 tahun. Nampak lebih muda. Hahaha. Alhamdulillah.
Thank you Allah sebab telah dorongkan hati saya untuk mengenali shaklee dan jatuh cinta sampai sekarang. Dan thank you juga kepada Shaklee sebab banyak mengubah kehidupan saya dari segi KESIHATAN & KEWANGAN.
Alhamdulillah asbab jana income dengan shaklee saya dan keluarga mampu makan dan amalkan shaklee SECARA PERCUMA setiap bulan.
Awak-awak yang membaca blog saya ni sekiranya mengalami masalah yang sama seperti saya sama ada dari segi kewangan mahupun kesihatan bolehlah terus contact saya okay? Saya akan bantu awak sebaiknya!
Saya, Azma Toha. Berkongsi dari hati untuk awak semua. Semoga kisah saya ni mampu memberi manfaat pada yang membaca.
Contact je saya terus ya. Saya bantu awak!
Azma Toha
019-695 1082